Direman Sehari Lagi, Farid Kamil Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Semua

Tempoh reman pelakon yang juga pengarah filem, Dato Farid Kamil Kamil Zahari telah dilanjutkan sehari lagi sehingga selasa ini bagi bagi membantu sisatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Menurut laporan MStar, perintah sambung reman terhadap Farid, 37, telah dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Hairul Azhar Mohd Ishak di Mahkamah Majistret di sini, setelah tempoh reman yang bermula sejak 12 Januari lalu berakhir pada hari ini.

Farid yang berada dalam keadaan tenang mengenakan kemeja dan berseluar lokap hadir dimakhkamah kira-kira jam 11.30 pagi. Turut hadir di mahkamah adalah adiknya iaitu Fadzil Zahari serta rakan artis, Azad Jasmin dan Azhan Rani.

Dia turut menyatakan terima kasih kepadaa semua peminat serta rakan artis yang tidak putus-putus memberikan sokongan.

Dalam kejadian minggu lalu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din memberitahu Farid hadir ke balai polis berkenaan bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’.

Farid tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam.

Ujian saringan air kencing juga mendapati Farid positif dadah jenis ganja.

Farid telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman mengikut Seksyen 90 Akta Polis,  Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sumber: Mstar

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Direman Sehari Lagi, Farid Kamil Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Semua”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.