Diana Danielle Enggan Beri Sebarang Komen Tentang Isu Suaminya

Pelakon jelita Datin Diana Danielle enggan memberikan sebarang komen terhadap kes yang menimpa suaminya, Dato’ Farid Kamil apabila dilaporkan mengamuk dan menyerang seorang anggota polis sehingga mengakibatkan dia ditahan, disiasat serta ditahan reman.

Ketika ini, Farid Kamil terpaksa direman sehari lagi untuk membantu siasatan setelah dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Hairul Azhar Mohd Ishak di Mahkamah Majistret di sini, setelah tempoh reman yang bermula sejak 12 Januari lalu berakhir pada hari ini.

Diana Danielle dalam posting IG bagaimanapun mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan terhadap dia dan suaminya.

Dia juga menjelaskan bahawa suaminya tidak pernah sekali-kali bertindak secara fizikal terhadap dirinya.

“Saya akan terus berdiri di sebelahnya dan kami akan cuba memperbaiki apa yang perlu serta memperkukuhkan apa yang telah pun teguh selama ini,” katanya.

Dia juga enggan menjawab sebarang pertanyaan berkaitan isu suaminya kerana dia menganggap ia tidak mampu membantu situasi.

Isu yang menimpa Farid Kamil telah bukan sahaja teah mencetuskan kontroversi tetapi juga menjadi viral di kalangan netizen.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.