Tiga Beradik Sharifah Kehilangan Bapa Tercinta

Bapa kepada tiga beradik pelakon popular tanahair, Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.15 malam tadi  di Hospital Ampang.

Berita pemergian Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati, dikongsikan oleh Shahirah menerusi laman Instagramnya.

Beberapa hari yang lalu, Shahirah ada berkongsi gambar bapanya yang terlantar sakit di hospital setelah mendapat jangkitan kuman di paru-paru dan memohon agar peminat mengirimkan doa buat bapanya.

Jenazah bapa mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate pada jam 10 pagi ini, Jumaat, 12 Januari 2018.

Salam takziah buat Shiera, Lynn dan Sakinah sekeluarga. Team Jambu Batu mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. In Sha Allah. Amin.

 

Sumber: Instagram Shiera Ijoy

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.