Misha, Sarah, Zarul Dan Tam Teraju Mentor Otai

Wow! Program Mentor kembali! Tetapi kali ini dengan lebih hebat, menampilkan Mentor Otai! Siapakah mereka? Mereka terdiri daripada Misha Omar, Siti Sarah, Tam Spider dan Zarul Umbrella. Siapa yang mahu jadi protégé kepada keempat-empat mentor ini? Ada syaratnya!

Misha Omar : “Saya tidak meminta banyak daripada bakal protege saya. Saya tidak mengambil kira status perkahwinan dan umur mereka. Asalkan mereka mempunyai suara yang mantap dan mempunyai keaslian sendiri.”

Zarul Husin (Umbrella) : “Protege yang saya cari adalah mereka yang ikhlas dalam menyanyi dan tentunya boleh menyanyi. Mereka juga harus mempunyai karakter dan berpengalaman dalam menyanyi.”

Sarah Raisuddin : “Mampu menyanyi dalam pelbagai genre atau versatil adalah kriteria utama yang saya cari. Selain itu, protege saya haruslah berjiwa Melayu yang kuat dan minat menyanyi.”

Tam Spider : “Pertama sekali, bakal protege saya hendaklah mempunyai bakat nyanyian dan seorang penyanyi yang versatil. Mereka juga haruslah mengikuti perkembangan dunia muzik tanah air dan sekiranya mereka boleh bermain instrumen muzik, itu merupakan markah bonus kepada mereka.”

Anda ada ciri-ciri tersebut? Kalau begitu, boleh sertai sesi uji bakat yang akan diadakan pada 27 dan 28 Januari dan juga 3 dan 4 Februari 2018 di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya. Selamat mencuba!

Mentor Otai bakal bersiaran sekitar Mac 2018.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Misha, Sarah, Zarul Dan Tam Teraju Mentor Otai”

  1. Misha Omar pls make sure your protege Elvira Arul patuh disiplin dan jaga attitude spt protege lain. From day 1 I am voting for Elvira but if she is not disciplined (latihan konsert) I will give my weekly votes to AJ.

Leave a Reply