Selamat Hari Lahir Dato’ Sri Siti Nurhaliza!

Kalau sudah nama penyanyi nombor satu Malaysia, apabila tibanya 11 Januari, seluruh Malaysia meraikan hari lahir figura kesayangan ramai ini. Siapa lagi kalau bukan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Hari ini, genap 39 tahun Dato’ Sri Siti. Paling seronok apabila, kebanyakan stesen radio tempatan memutarkan lagu beliau.

Swipe untuk melihat keseluruhan jadual siaran segmen istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 11 Januari 2018 di stesen-stesen radio. Memiliki 16 album solo (pop dan tradisional), dua album duet (bersama Noraniza Idris & Kris Dayanti), 6 album konsert live, album raya, kompilasi pelbagai versi, lagu duet bersama 2 By 2, Chiang Teng, Too Phat, Tan Sri SM Salim, Hafiz Suip, Cakra Khan, Faizal Tahir dan terkini Judika, lagu raya, lagu kempen, lagu tema serta lagu runut bunyi. Banyak pilihan lagu bagi setiap stesen radio boleh keudarakan sempena hari lahir Dato’ Sri Siti Nurhaliza ke 39 pada 11 Januari 2018. Saya terharu apabila dihubungi pihak radio-radio ini (saya yakin stesen lain juga mendukung perjalanan karier Siti dengan cara tersendiri) mengadakan segmen khas sempena ulangtahun kelahiran Siti Nurhaliza ini adalah satu penghormatan yang tidak pernah Siti dan pengurusan kami jangka. Kerjasama di antara penyanyi dan stesen radio ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan dan mendukung di antara satu sama lain. Saya mewakili pengurusan SNP dan Siti Nurhaliza sendiri ingin mengucapkan terima kasih kepada semua stesen radio yang mengadakan slot istimewa pada 11 Januari 2018. Ini adalah sesuatu yang amat kami hargai dan tentunya menjadi hadiah yang bermakna buat Siti sendiri. Terima kasih @hotfm976 @era.je @gegar.my @sinar_my @suriamalaysia @bestfmmalaysia @koolfmmy dan semua stesen radio yang telah mendukung kerjaya @ctdk sehingga ke hari ini. #HappyBirthdaySitiNurhaliza @ctdk

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Meriah betul hari ini. Semua stesen radio pasang lagu Dato’ Sri. Best! Di sini, team Jambu Batu ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Kami semua tidak sabar menanti Siti Nurhaliza Junior atau Dato K junior. Semoga dipermudahkan segala juga, In Sha Allah.

Tq @sabrina.jp 💋💋💋 @mystiquebysabrina

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sumber Instagram Rozi & CTDK

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply