Yusry KRU  Keluar Dari Comfort Zone Hasilkan  Abang Nak Tegur 3.0

Rasanya korang dah tengok kan muzik video Abang Nak Tegur arahan bersama Yuskry KRU dan Lisa Surihani yang telah menjalani penggambaran di Sepanyol?

Muzik video yang menampilkan persembahan duet Dato Aliff Syukri dengan Nur Sajat itu telah pun mencecah 1 juta tontonan dan masih trending di Youtube.

Tahniah buat Yusry Kru, Lisa Suri Hani, Dato’ Alif Syukri dan isteri, Datin Shahida serta Nur Sajat atas kejayaan tersebut.

Kata Yusry, penghasilan muzik video tersebut adalah satu pengalaman baru buat dirinya. Lebih-lebih lagi apabila perancangannya dilakukan pada waktu yang singkat sedangkan penggambarannya dilakukan nun jauh di negara orang.

“Walaupun terpaksa keluar dari ‘comfort zone’ saya, ia merupakan satu pengalaman yang tak akan dilupakan seumur hidup.

“Met some wonderful people and made new friends. What’s most important, I got the chance to do it together with my assistant director/life partner/wife @lisasurihani Nice ending to 2017.

“Like I said in my earlier post, we did our best. Ada orang suka, ada orang tak suka. Itu asam garam dunia hiburan,” katanya.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply