Kaki Anzalna ‘Dilenyek’ Oleh Pemandu ‘Mabuk Susu’

Pada 7 Januari yang lalu, keluarga pelakon Anzalna dan Afifah Nasir mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama anak saudara kembar mereka iaitu Anggun Darleena dan Anggun Darleesa. Pasangan kembar ini merupakan anak Diana Nasir, kakak kepada kedua-dua pelakon tersebut. Meriah sungguh sambutan untuk adik beradik Anggun ini!

Tapi apa yang menarik perhatian kami apabila Anzalna berkongsi melalui laman Instagramnya beberapa posting yang mencuit hati. Rupanya ada ‘kemalangan’ yang berlaku ketika sambutan hari lahir tu.

Macam mana la kereta ni boleh terbabas masuk dalam kereta tu ye?

View this post on Instagram

Ini licence pemandu tu. See you in court! @the_angguns

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Rupanya si comel Anggun Darleena punya angkara. Lebih menarik bila Anzalna berkongsi video ini yang menggeletek hati netizen.

Boleh pulak pemandu kenit ni pergi ‘rempuh’ Anzalna dan adik beradik yang tengah ‘feeling’ buat photoshoot, siap lenyek kaki Anzalna lagi. Nasib baik comel!

Selamat Hari Lahir Anggun Darleena dan Anggun Darleesa!

Sumber Instagram Anzalna

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.