Erra Fazira Minta Wartawan Jangan Tanya Lagi Pasal Shahir

Dek kerana menjalinkan hubungan yang akrab dengan Shahir, pelakon jelita Erra Fazira sudah mula naik rimas apabila sering ditanyakan soalan mengenai bekas juara Akademi Fantasia Musim 8 itu.

“Asal saja jumpa saya, wartawan pasti akan tanya pasal Shahir…Shahir…Shahir.  Saya rasa perkara ini perlu dihentikan kerana saya tetap akan berikan jawapan yang sama,” kata Erra Fazira di dalam satu sidang media khas bersama wartawan hiburan petang tadi.

Kata Erra Fazira lagi, dia dengan Shahir hanyalah kawan dan soal jodoh bukanlah terletak di tangannya.

“Saya bukan propa. Cakap belakang lain depan lain. Sudah  berapa tarikh perkahwinan saya yang anda semua ramalkan. Semua tarikh-tarikh tersebut tidak betul.

“Saya tidak akan kedekut untuk berkongsi hari yang istimewa. Tapi, selagi ia tidak keluar dari mulut saya, anggapalah ia hanya sekadar gosip di angin lalu,” katanya lagi.

Erra Fazira bagaimanapun berterima kasih kepada pihak-pihak yang amat prihatin serta sayangkan dirinya terutama yang mengambil berat tentang hubungannya dengan Shahir.

“Ibarat ibu bapa yang sayangkan anak. Anak itu pula jalinkan hubungan dengan lelaki yang tidak kena.

“Dalam hal ini, saya minta semua orang tolonglah doakan yang terbaik untuk saya. Saya sendiri tidak tahu bagaimana perjalanan saya nanti di hujung sana dan ada kalanya perjalanan seseorang itu akan jadi lebih baik lagi pada kemudian harinya.

“Saya sendiri sering minta petunjuk daripada Allah SWT. Kerana DIA yang tahu segalanya. Saya sangat yakin dengan ketentuanNYA,” katanya lagi.

Erra Fazira yang berazam untuk bekerja keras pada tahun 2018 memberitahu dia bukanlah seorang yang gemar menghakimi orang lain.

“Sebagai kawan saya cuba bagi  dia semangat dan untuk tahun 2018 ini, saya minta dia mulakan kehidupan baru, selesaikan masalah, pandang ke depan dan cuba bersikap lebih tegas,” katanya yang bakal membawakan watak ASP Jelina dalam siri Gerak Khas terbaru.

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.