Elyana Mula Putus Asa Dengan Penyakitnya?

Sedang Team Jambu Batu belek laman Instagram ternampak pulak InstaStory Elyana yang berbaur negatif dan buat kami terkedu…

screenshot_20180110-160740-237975650.pngscreenshot_20180110-160744-1484738565.pngscreenshot_20180110-160747-1602032390.pngscreenshot_20180110-1607531761174038.pngscreenshot_20180110-160757801290047.png

Elyana yang selama ini dikenali sebagai periang dan bersikap positif, seakan sudah berputus asa melawan penyakit kanser limfoma tahap 4 yang dihidapinya sekarang.

Terbaru, Elyana berkongsi gambar terbaru dan netizen mengambil kesempatan memberikan kata-kata semangat buat Elyana dalam ruangan komen.

 

elyana.png

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban. Mudah untuk kita menyatakan untuk Elyana terus bersemangat apabila kita tidak berada di tempatnya. Apa yang boleh kita boleh buat hanya doakan yang baik-baik untuk Eyana.

Kami di Jambu Batu Online mendoakan agar Elyana akan terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini. Semoga Allah mempermudahkan urusanmu wahai Erneelya Elyana Emrizal. Kuatkan semangat dan jangan berputus asa kerana kisahmu menjadi inspirasi ramai orang. Keep on fighting!

Sumber Instagram Elyana

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply