Dislike 106K Abang Nak Tegur 3.0 Suatu Gimik Viral Marketing?

Wah! Banyaknya jumlah dislike kat muzik video Abang Nak Tegur 3.0 sejak ia dimuat naik di saluran Youtube KRU Music bermula 2 Januari yang lalu.

Ironinya, muzik video nyanyian Dato’ Aliff Syukri yang menampilkan Nur Sajat dan isterinya, Datin Shahida itu sudah pun mencecah tontonan sebanyak lebih 1.4 juta dan menjadi trending nombor satu di Malaysia, namun dislike yang dikumpul adalah sebanyak 106 ribu, manakala like punya hanyalah sekadar 46 ribu sahaja.

Kebanyakan netizen masuk ke channel tersebut pun agendanya adalah untuk mengutuk muzik video yang diarahkan Yusry KRU bersama isterinya, Lisa Surihani serta meneka butang dislike.

KRU Music pun nampaknya macam tidak kisah langsung dengan keadaan tersebut. Malah, mereka nampaknya mengalu-alukan lebih banyak orang untuk dislike muzik video tersebut.

Yelah, sebab kalau dilihat dari sudut strategi bisnes, itulah yang dinamakan pemasaran digital. Mengalu-alukan orang untuk dislike muzik video itu sebenarnya secara tidak langsung telah membantu untuk menjadikan ia viral dari segi jumlah tontonon video.

Strategi yang bijak. Dalam waktu yang sama, mereka juga boleh buat duit bila makin ramai yang tonton video tersebut.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply