Demi Bonda Tercinta, Roslan Shah Mohon Maaf Kepada Ifa Raziah

Kemelut yang berlaku di antara Ifa Raziah dengan bekas sahabat baiknya, Roslan Shah pada awalnya dilihat seperti tiada kesudahan.

Pada saat Ifa mengadakan sidang media bersama sekumpulan wartawan hiburan untuk menjelaskan kenyataan-kenyataan Roslan Shah yang dianggap berunsur fitnah lebih-lebih lagi apabila mengaitkan suami serta anak-anaknya, Roslan pada waktu yang sama tidak berdiam diri.

Sebaliknya, Roslan Shah telah memuat naik FB live untuk membalas semula segala kenyataan Ifa itu .

Namun, semalam, Roslan Shah telah pun membuat permohonan maaf terhadap Ifa Raziah berhubung kenyataan-kenyataan yang dibuatnya selama ini menerusi akaun Instagramnya.

Permohonan maaf itu dibuat selepas Roslan beristiqomah dan mendapat nasihat daripada bonda tercintanya yang memintanya supaya tidak bermusuh dengan sesame manusia dan memaaafkan sesiapa saja.

Berikut kenyataan Roslan Shah:

Salam Subuh dan Selamat Pagi…..Selepas beristiqomah apabila bercakap dengan ibu tercinta cik lan tadi katanya, Jangan bermusuh dengan sesama manusia mohon maaf serta memaafkan semua manusia sebaga orang islam………

Baik lah dengan ini hati yang ikhlas kerana Cik lan mendengar kata kata ibu tercinta Cik lan…..Cik lan memohon maaf dan memaafkan sesiapa saja yang mengutuk cik lan serta kepada umat islam kalau cik lan ada buat kesilapan dan kesalahan ya termasuk Ifa Raziah……terpulang kepada diri anda semuanya……

Kepada peminat cik lan hentikan tohmahan kutukan serta hinaan kepada Ifa Raziah ya itu atas permintaan cik lan yang lebih baik…….aminnn……wasalam….ini jalan yang terbaik…..terpulang pihak individu. #taksemuamanusiasukakita…..

Salam Subuh dan Selamat Pagi…..Selepas beristiqomah apabila bercakap dengan ibu tercinta cik lan tadi katanya Jangan bermusuh dengan sesama manusia mohon maaf serta memaafkan semua manusia sebaga orang islam………Baik lah dengan ini hati yang ikhlas kerana Cik lan mendengar kata kata ibu tercinta Cik lan…..Cik lan memohon maaf dan memaafkan sesiapa saja yang mengutuk cik lan serta kepada umat islam kalau cik lan ada buat kesilapan dan kesalahan ya termasuk Ifa Raziah……terpulang kepada diri anda semuanya…… Kepada peminat cik lan hentikan tohmahan kutukan serta hinaan kepada Ifa Raziah ya itu atas permintaan cik lan yang lebih baik…….aminnn……wasalam….ini jalan yang terbaik…..terpulang pihak individu. #taksemuamanusiasukakita…..

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Demi Bonda Tercinta, Roslan Shah Mohon Maaf Kepada Ifa Raziah”

Leave a Reply