Penjualan Tiket Sheila On 7 Live In KL Memberangsangkan

Umum mengetahui Sheila On 7 akan membuat konsert di StarXpo Centre, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pada 10 Februari 2018 ini. Pada 5 Januari 2018, Eross Candra dan Adam Subarkah telah hadir ke sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur. Manakala Duta dan Brian tidak dapat hadir atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Pengumuman bagi semua peminat Sheila On 7, tiket untuk Sheila On 7 Live in Kuala Lumpur sudah terjual sebanyak 2,000 keping. Menurut Penerbit Eksekutif Shiraz Projects Sdn Bhd, Shirazdeen Karim, penjualan tiket sangat memberangsangkan. Ada yang belum dapatkan? Baik cepat buat pembelian kerana penjualan seperti goreng pisang panas.

Untuk makluman anda, Sheila On 7 sudah tidak teringkat dengan mana-mana syarikat rakaman. “Selepas tamat kontrak bersama Sony Music, kami telah pun bergerak sendiri. Telah banyak yang kami pelajari jadi, selama bersama Sony, pengalaman yang ada itu kami gunakan untuk menguruskan kumpulan kami,”  ujar Adam.

“Sudah 20 tahun lebih Sheila On 7 berada dalam industri malah mereka masih kukuh dan bertahan. Gaduh sesama sendiri itu memang selalu tetapi kami selalu berdamai segera. Pergaduhan selalunya berlaku apabila pendapat tidak diterima tetapi itu tidak menjadi hal untuk kami. Itu akan merapatkan kami, tutur, ” Adam.

Menurut mereka, Sheila On 7 lebih suka mengeluarkan lagu secara single.” Untuk album memang ada perancangan namun bagi kami, kami lebih selesa keluarkan single by single. Bila sudah cukup lebih kurang lima atau lebih buah lagu, baru kami buat satu album. Muzik kini sudah banyak berubah jadi kami perlu mengikuti tetapi tidak lari dari konsep asal,” kata Sheila On 7.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply