​Makilah Saya, Cacilah Saya- Syura

Selepas menjadi juara Master Chef Selebriti Malaysia, Syura telah menyertai Gegar Vaganza 2017. Namun Syura tidak ke final tetapi selepas GV, namanya sentiasa disebut. Bagi peminat Syura, anda pasti mengetahui bahawa Syura menyertai bidang nyanyian seawal umurnya 10 tahun dan menjadi artis rakaman pada usia 14 tahun.

Pada tahun 2006, Syura telah berkahwin dengan Mohd Fadhly dan dikurniakan tiga orang anak. Namun mereka bercerai pada tahun 2015. Tetapi hubungan keduanya masih baik.

Dalam pada kita masih dalam mood anak-anak ke sekolah, Syura telah muat naik posting mengenai seseorang yang dikatakan mengenalinya dengan dekat.

View this post on Instagram

Assalammualaikum.. first of all, trima kasih @divagojes17 yg perihatin tentang komen2 netizen terhadap saya .. i is love u la ❤️❤️ kepada semua netizen, katalah apa pun kepada saya .. makilah saya cacilah saya .. tapi tolong jangan babitkan insan paling berharga dalam hidup saya dan dia pun dah tiada kat dunia ni lagi .. jgn babitkan arwah bapa saya dan keluarga saya.. saya mohon sgt 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 Dah sampai waktunya untuk sy share .. siapa saya, bagaimana kehidupan saya yg dulu.. apa yg sy buat ketika sy kecil.. Bukan untuk raih simpati .. hanya untuk mempertahankan diri .. jumpe korang di live IG nanti pukul 9mlm .. trima kasih ❤️ #kakakcoolje #senyumkansaja #curhat

A post shared by EGO~New released 🔈 (@syurabadron) on

Pedas juga komen Jie Radin yang dikatakan cikgu sekolah Syura. Syura memohon kepada semua supaya tidak mengaitkan ahli keluarganya terutama arwah bapanya. Komen di posting itu telah pun ditutup oleh Syura. Sebelum ada yang memberi komen yang tidak berasas ada baiknya dia tutup sahaja.

Kesian Syura. Sabarlah ya. Mulut manusia kita tidak boleh tutup.

Sumber Instagram Syura.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.