Loque Cipta Seloka Romantis Buat Isteri Sempena Anniversary Ke-12

Sebelum itu, team Jambu Batu Online ingin mengucapkan tahniah buat penyanyi, pemuzik dan komposer Loque dan isterinya, Dahlia Nadirah kerana telah pun menyambut  menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12 semalam.

Tak sangka diam tak diam,  sudah 12 tahun mereka melayari kehidupan rumahtangga dengan dikurniakan dua orang cahaya mata. Paling membanggakan, walaupun minat dan kecendurungan mereka sama sekali bertentangan, namun hubungan mereka suami isteri tetap utuh.

Apapun,  sempena sambutan anniversary mereka, Loque telah menghadiahkan sebuah seloka yang romantis dan menarik buat Dahlia.  Sedap sungguh kata-katanya. Bersahaja penyampaiannya, lucu pun ada, tetapi dalam lucu ada seriusnya.

Memang bijaklah Loque berseloka… Tak  percaya, cuba baca…

Wahai Nyawaku,
Terima kasih kerana tak pernah putus asa bagi saya nyawa demi nyawa, walau banyak yang saya buat awak terluka, sentiasa awak maafkan saya, lantas terasa seperti mati hidup kembali , setiap kali , setiap hari ….

Hati saya menangis gembira tak terperi kata tengok awak bermanja berseloka dengan cahaya cahaya mata, Anggerik dan kini Seroja , walau penat lelah melanda, sebagai bonda yang meniaga, awak berjaya ! Redupkan cuaca , terangkan suasana  setiap masa…

12 tahun bercinta , lumrah dunia ada turun naiknya , 8 tahun bersenyawa , lumrah dunia ada suka dukanya , anak dah dua , nikmati kembara roller coaster nya , positive negative nya, kita masih utuh bersama , Alhamdulillah, dengan izin Nya !

Tiada lagi show , kemudian after party,
Tiada lagi party , kemudian hotel lobby
Kita truskan , with our own story ,
Yang paling penting, ” i love you baby” ! •

Slamat Ulangtahun Percintaan Tahun ke 12 , @dahlianadirah !!

 

View this post on Instagram

Wahai Nyawaku, • • Terima kasih kerana tak pernah putus asa bagi saya nyawa demi nyawa, walau banyak yang saya buat awak terluka, sentiasa awak maafkan saya, lantas terasa seperti mati hidup kembali , setiap kali , setiap hari …. • • Hati saya menangis gembira tak terperi kata tengok awak bermanja berseloka dengan cahaya cahaya mata, Anggerik dan kini Seroja , walau penat lelah melanda, sebagai bonda yang meniaga, awak berjaya ! Redupkan cuaca , terangkan suasana , setiap masa… • • 12 tahun bercinta , lumrah dunia ada turun naiknya , 8 tahun bersenyawa , lumrah dunia ada suka dukanya , anak dah dua , nikmati kembara roller coaster nya , positive negative nya, kita masih utuh bersama , Alhamdulillah, dengan izin Nya ! • • Tiada lagi show , kemudian after party, Tiada lagi party , kemudian hotel lobby Kita truskan , with our own story , Yang paling penting, " i love you baby" ! • • Slamat Ulangtahun Percintaan Tahun ke 12 , @dahlianadirah !!

A post shared by MonoloQue ProloQue (@antiloque) on

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.