Nourul Depp Anjurkan Majlis Amal Penghujung 2017

Kadang-kadang kita mahu berbuat baik bukannya perlu diwar-warkan atau pun ditayang. Sebaliknya dengan sendiri sesuatu perkara yang baik itu akan menjadi bualan. Nourul misalnya telah menganjurkan majlis amal bagi membantu sebuah rumah kebajikan buat anak-anak yang dianggap tidak sah taraf.

Pihak Nourul iaitu Yestowellness Malaysia telah bekerjasama dengan Dee Showtime Event dan Cinta Anggun Services bagi menjayakan majlis amal yang berlangsung pada 29 Disember 2017 yang lalu. Menurut Nourul, majlis ini sebenarnya telah dirancang awal namun baru akhir tahun 2017 dilaksanakan.

“Saya memang telah memasang niat untuk mengumpul dana bagi Rumah Kebajikan Nurhati ini sudah lama. Saya ajukan idea saya kepada Dee Jangan Ketawa dan dia terima. Untuk makluman semua, Dee salah seorang pengerak Rumah Nurhati. Kemudian saya dapat tahu anak-anak ini memerlukan bantuan untuk kesekolah. Jadi saya tidak mahu berlengah untuk mengadakan majlis ini. Dalam pada kita bergembira tidak salah untuk kita membantu anak-anak ini”, ujar Nourul.

IMG_6426

Bertemakan “Glitter & Masquerade Charity Party”, Nourul turut memberi penghargaan kepada ahli kelab nutrisi miliknya yang telah beroperasi dari Ogos 2017. “Kalau diikutkan majlis ini ada beberapa perkara iaitu, membantu mereka yang memerlukan, sambut tahun baru bersama saya dan tentang kepentingan kita mengamalkan gaya hidup sihat. Disebabkan itu saya beri penghargaan kepada ahli kelab nutrisi saya yang dapat menurun berat badan dan sebagainya. Masa seperti ini sesuai untuk berkongsi kegembiraan”, turut Nourul.

Pada majlis amal tersebut, mereka telah dapat mengumpul wang sebanyak RM11,000. “Alhamdullilah, terima kasih buat semua yang telah menderma. Jasa baik anda semua amatlah saya hargai. Tidak sangka kami dapat mengumpul wang derma sebanyak RM11,000. In Sha Allah kita akan adakan lagi di masa akan datang”, katanya.

IMG_6903.jpg

Photo kredit Maestro Ridwan

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply