Kenapa Dwayne Johnson ‘The Rock’ Ucap Terima Kasih  Malaysia ?

Semalam, netizen Malaysia tiba-tiba dikejutkan dengan sebuah video yang dimuatnaik oleh Dwayne Johnson aka The Rock di dalam akaun Instagram peribadinya.

Lebih mengejutkan apabila di dalam posting video tersebut, bekas ahli gusti yang kini sudah mencipta nama sebagai pelakon ternama Hollywood ini telah mengucapkan terima kasih kepada Malaysia.

Apakah sebabnya?

Sebenarnya, ucapan terima kasih itu ditujukan The Rock kerana anda semua yang berada di Malaysia telah membantu menjadikan Jumanji: Welcome To The Jungle pecah panggung.

Jumanji bukan sahaja menjadi filem yang terlaris ditonton di Malaysia tetapi hampir semua negara di dunia sehingga ia telah mengatasi kutipan filem Star Wars: The Last Jedi.

The Rock turut menceritakan pengalamannya berada di Malaysia beberapa tahun kebelakangan dulu sewaktu dia menjayakan acara gusti di Kuala Lumpur. Ia suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Saya bersyukur dengan kasih sayang yang diberikan selama ini,” katanya.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.