Dato’ AC Mizal Masih Tak Cukup Kasih Sayang Daripada Isteri?

 

Bila baca tajuk nih, korang semua mesti terkejutkan. Iyelah, apa yang tak kena dengan hubungan Dato’ AC Mizal dengan isterinya, Datin Amyelia Rosneida. Padahal, semua orang di dalam industri mengakui mereka adalah pasangan yang sehati jiwa dan cukup romantik.

Jadi, kenapa AC Mizal meluahkan rasa seolah-olah dirinya macam kekurangan kasih sayang pulak?  Apa yang tak kenanya nih? So, untuk mengetahui apakah sebenarnya gelora yang sedang bergelodak di dalam jiwanya, akhirnya AC Mizal membuka cerita.

“Jika diikutkan, saya sudah lengkap dengan segala-galanya dalam hidup ini. Bahkan, saya ada keluarga yang sangat bahagia dan dipenuhi kasih sayang. Akan tetapi, saya tidak mahu pinggirkan yang lain terutama peminat.

“Saya sering tertanya, bagaimana agaknya mereka melihat diri ini daripada sudut pandang mereka? Adakah mereka cuma melihat kejayaan saya sekarang ini semata-mata atau sebenarnya mengasihi saya seadanya?

“Banyak sebab saya masih terus mahu berbakti dalam industri seni. Saya mahu mencuba semua dan berusaha menjadi inspirasi kepada ramai di luar sana. Namun, saya melakukan itu bukan demi kemahsyuran.

“Saya cuma mahukan diri ini dikasihi meskipun apa saja baik buruk atau silap yang saya lakukan. Sejujurnya, saya sentiasa berikan yang terbaik buat semua biarlah banyak perkara perlu dikorbankan.

“Dan saya tidak mahu balasan daripada segi wang atau harta, cukuplah saya disayangi biarpun perkara itu tidak terlihat pada zahir,” katanya dengan serius kepada Jambu Batu Online.

Haa… Itulah cerita sebenarnya. Kasih sayang yang AC Mizal dambakan ini lebih kepada peminat dan dia turut meluahkan hal ini menerusi single barunya, Itu Saja yang dipopularkan kumpulan Numata dan dinyanyikan semula  AC Mizal.

Lagu  ciptaan komposer dari Indonesia Inu, Mhala dan tantra ini dinyanyikan semula sebagai suatu dedikasi istimewa buat semua yang menyokongnya selama ini.

Itu Saja yang telah pun dilancarkan minggu lalu, adalah single keenam AC sejak bergerak sebagai penyanyi solo pada tahun 2004. Single ini menjadi percaturan terbarunya dengan menukar hala tuju muziknya kepada balada berbanding lagu sebelum ini yang kebanyakannya lebih tertumpu kepada melodi yang moderate fast.

nih, korang semua mesti terkejutkan. Iyelah, apa yang tak kena dengan hubungan Dato’ AC Mizal dengan isterinya, Datin Amyelia Rosneida. Padahal, semua orang di dalam industri mengakui mereka adalah pasangan yang sehati jiwa dan cukup romantik.

Jadi, kenapa AC Mizal meluahkan rasa seolah-olah dirinya macam kekurangan kasih sayang pulak?  Apa yang tak kenanya nih? So, untuk mengetahui apakah sebenarnya gelora yang sedang bergelodak di dalam jiwanya, akhirnya AC Mizal membuka cerita.

“Jika diikutkan, saya sudah lengkap dengan segala-galanya dalam hidup ini. Bahkan, saya ada keluarga yang sangat bahagia dan dipenuhi kasih sayang. Akan tetapi, saya tidak mahu pinggirkan yang lain terutama peminat.

“Saya sering tertanya, bagaimana agaknya mereka melihat diri ini daripada sudut pandang mereka? Adakah mereka cuma melihat kejayaan saya sekarang ini semata-mata atau sebenarnya mengasihi saya seadanya?

“Banyak sebab saya masih terus mahu berbakti dalam industri seni. Saya mahu mencuba semua dan berusaha menjadi inspirasi kepada ramai di luar sana. Namun, saya melakukan itu bukan demi kemahsyuran.

“Saya cuma mahukan diri ini dikasihi meskipun apa saja baik buruk atau silap yang saya lakukan. Sejujurnya, saya sentiasa berikan yang terbaik buat semua biarlah banyak perkara perlu dikorbankan.

“Dan saya tidak mahu balasan daripada segi wang atau harta, cukuplah saya disayangi biarpun perkara itu tidak terlihat pada zahir,” katanya dengan serius kepada Jambu Batu Online.

Haa… Itulah cerita sebenarnya. Kasih sayang yang AC Mizal dambakan ini lebih kepada peminat dan dia turut meluahkan hal ini menerusi single barunya, Itu Saja yang dipopularkan kumpulan Numata dan dinyanyikan semula  AC Mizal.

Lagu  ciptaan komposer dari Indonesia Inu, Mhala dan tantra ini dinyanyikan semula sebagai suatu dedikasi istimewa buat semua yang menyokongnya selama ini.

Itu Saja yang telah pun dilancarkan awal Disember lalu, adalah single keenam AC sejak bergerak sebagai penyanyi solo pada tahun 2004. Single ini menjadi percaturan terbarunya dengan menukar hala tuju muziknya kepada balada berbanding lagu sebelum ini yang kebanyakannya lebih tertumpu kepada melodi yang moderate fast.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply