Zizie Ezette Sambut Hari Lahir Berganda

Tidak terlambat lagi rasanya untuk team Jambu Batu mengucapkan tahniah kepada Zizie Ezette kerana telah pun bersalin anak kembar pada 29 Disember 2017 yang lalu. Lebih menarik lagi, bayi kembar itu lahir sehari sebelum hari lahir Zizie. Wah, selepas ini boleh sambut bersama-sama.

Kedua bayi lelaki yang belum didedahkan lagi namanya itu, dilahirkan secara pembedahan. Masing-masing dengan berat 2.74 dan 2.78 kilogram. Seluruh keluarga gembira dengan kehadiran kembar lelaki ini.

Apa-apa pun tahniah buat mereka sekeluarga. Meriah suasana dengan kehadiran si kembar nanti.

Sumber Instagram Zizie, Khaty, Shaheizy & Syatilla

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply