Syatilla Mahu Lawan, Sam Ajak Ke Markas

Dalam pada team Jambu Batu tengok Instagram Syatilla Melvin, tergelak pula dengan satu posting isteri Shaheizy Sam ini. Mahu berlawan dengan siapa tu Syatilla?

Yang lawak itu, Sam turun menjawab pelawaan “lawan” itu. Siap mahu berjumpa di “markas” katanya.

Rata-rata netizen ketawa melihat gelagat pasangan ini. Untuk makluman anda, kakak Sam, Zizie Ezette baru sahaja menimang cahaya mata kembar lelaki. Itu maksud mereka sebenarnya. Mahu tambah anak. Syeriv sudah sedia terima adik?

Tidak kurang juga Sam mengusik ibunya, Khathy Fauziah yang mengumpul cucu.

Macam-macam keluarga besar ini ya. Biasalah, kalau tidak mengusik tidak sah. Tetapi itu salah satu cara untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Sumber Instagram Sam & Syatilla

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply