Sheila On 7 Kembali Ke Kuala Lumpur!

Ingat lagi kah anda dengan lagu Berhenti Berharap, Anugerah Terindah, Dan, Bila Kau Tidak Disampingku dan lain-lain. Ya, siapa lagi kalau bukan kumpulan popular dari Indonesia, Sheila On 7! Khabar gembira buat peminat Brian, Eros, Duta dan Adam, mereka akan kembali ke Kuala Lumpur dengan mengadakan konsert berskala besar.

SO7_POSTER_A3_PHOTO_medium_res.jpg

Pasti anda semua merindui suara Duta. Sheila On 7 akan muncul pada 10 Februari 2018 dengan konsert yang bakal diadakan di StarXpo, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur jam 8:30 malam. Tiket-tiket dijual dengan harga dari RM315 sehingga RM85. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.mytickets.asia.

Sheila On 7 – Live in Kuala Lumpur 2018 akan berlangsung selama dua dan setengah jam tidak boleh dilepaskan oleh peminat mereka. Konsert ini diadakan bertujuan untuk meraikan sokongan besar dari ribuan peminat setia di Malaysia. Jadi, jangan lupa dapatkan tiket anda dengan segera!

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Sheila On 7 Kembali Ke Kuala Lumpur!”

Leave a Reply