Hafiz Suip Timang Cahaya Mata Sulung

Nampak gayanya penghujung 2017, ramai selebriti tanah air menimang cahaya mata. Meriah juga dengan kehadiran anak masing-masing. Boleh buat reunion. Jika sebelum ini Amyra dan Amar, Zizie Ezette dan terbaru Hafiz Suip turut menimang cahaya mata
pertama.

Penutup tahun 2017 menyaksikan Hafiz dan isteri, Nureffy Jesreel menambah bilangan keluarga. Alhamdullilah dengan kehadiran cahaya mata sulung itu bakal menyerikan lagi rumah tangga mereka. Hafiz telah berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya.

Lepas ini kita nantikan wajah comel anak Hafiz beserta nama ya. Jaga elok-elok isteri sewaktu dalam pantang ya Hafiz. Semoga semuanya baik-baik belaka dan gembira selalu. Tahniah dari team Jambu Batu.

Sumber Instagram Hafiz.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.