Awal Ashaari Dan AG Tinggalkan Melodi

Melodi sebuah rancangan yang berbeza dari rancangan yang ada di kaca televisyen anda. Walau pelbagai rancangan televisyen yang muncul, Melodi masih gah dengan isu-isu hiburan terkini.

Minggu hadapan adalah minggu terakhir kita dalam tahun 2017 begitu juga dengan Melodi. Pengumuman yang dibuat oleh dua pengacara Melodi ini mengundang sedih penonton Melodi itu sendiri. Awal Ashaari dan AG membuat pengumuman pengunduran mereka dalam team Melodi. Awal sendiri telah memuat naik posting pengumuman di laman Instagramnya.

Selama enam tahun semestinya banyak kenangan yang dikongsikan oleh Awal bersama produksi Melodi itu sendiri. Jom kita lihat aksi Awal yang ketika bersama Melodi. Buat Awal, selamat berjaya dengan apa yang anda lakukan selepas ini.

Sumber Instagram Awal & Melodi.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply