Dato’Aliff Syukri Bakal Terima Cahaya Mata Baru

Meriah keluarga Dato’Aliff Syukri kerana bakal menambah cahaya mata. Umum mengetahui Dato’ baru sahaja mengambil dua orang anak angkat. Ameena yang diambil pada Oktober yang lalu dan Qayyum pada awal Disember. Dato’ dan Datin Shahida dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham.

Mungkin rezeki anak angkat, Datin Shahida telah pun mengandung anak keempat mereka. Berita itu telah dikongsikan di laman Instagram milik Datin.

Patutlah makin berseri Datin rupanya sedang mengandung. Lagi “berseri” apabila lagu Abang Nak Tegur 2.0 sudah diterima ramai. Berkat suara Datin.

Semoga Datin tabah dalam menghadapi hari-hari berbadan dua. Dato’Aliff pula jangan la asyik nak sentap merajuk dengan Datin ya.

Sumber Instagram Dato’Aliff dan Datin Shahida

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.