Umur 50 Tahun Bukan Penghalang Faizal Hussein Galas Watak Utama

Faizal Hussein satu nama besar dalam industri hiburan. Begitu juga dengan ahli keluarganya yang terdiri daripada pelakon dan penyanyi. Pewaris Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail ini ternyata masih gah di persada seni. Auranya masih sehingga kini. Aura Azroy, mungkin.

Berusia 50 tahun, Faizal masih lagi memegang watak hero. Faizal dilihat sebagai seorang
pelakon yang begitu dedikasi, memilih watak yang sesuai dan tidak seperti pelakon yang sedia ada. Beza pelakon yang berjiwa seni dari yang hanya mengejar popular.

“Alhamdullilah, masih ada yang memberi watak utama kepada saya. Kata orang wajah saya ini nampak muda (ketawa). Mungkin itu satu bonus buat saya. Ia tidak ada rahsia sebenarnya. Saya sentiasa jaga pemakanan saya, jaga berat badan saya supaya tidak terlebih berat. Ia untuk memudahkan saya berlakon aksi. Tidaklah semput atau penat. 50 tahun itu hanya lah nombor tetapi apa yang penting tahap kesihatan seseorang”, ujar Faizal.

faizal-klwangan

Faizal turut menambah, dia bukanlah seorang yang suka bersenam sebaliknya dia lebih suka melakukan aktiviti lasak seperti main paintball.

Faizal bakal muncul dengan filem terbaru berjudul KL Wangan arahan Pekin Ibrahim. Filem yang bakal ditayangkan pada 21 Disember 2017 diseluruh pawagam tanah air menyaksikan Faizal sebagai teraju utama.

“Saya kenal Pekin sudah lama. Bekerja dengan dia, memang seronok. Kiranya adik-adik masih ingat pada abang-abang lah. Tidak ada masalah bekerja dengan dia. Kami bantu antara satu sama lain. Saya bagi idea, dia pun begitu. Jadi kita tengok mana yang sesuai dan tidak. KL Wangan sebuah filem aksi berkaitan dengan kereta. Anda akan lihat pelbagai kereta yang bakal “beraksi”. Selamat menonton!”, tutur Faizal mengakhiri perbualan.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.