Amar Dan Amyra Wujudkan Instagram Buat Anak Sulung

15 October 2017 yang lalu Amyra Rosli selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Aqeef Anaqi. Ramai yang menanti untuk melihat wajah anak lelaki kesayangan Amar Baharin ini. Sabtu lalu telah diadakan majlis kesyukuran dan cukur jambul Aqeef Anaqi. Ternyata Aqeef Anaqi sangat comel. Bulat matanya!

Comel kan Aqeef? Tengoklah mak ayahnya pula. Majlis yang dihadiri sahabat handai untuk berlangsung dengan meriah sekali. Amyra tampak cantik begitu juga Amar segak sungguh. Macam orang baru kahwin sahaja mereka berdua ini.

Anda boleh ikuti perkembangan Aqeef di laman Instagramnya. Wah sudah ada Instagram sendiri!

Semoga menjadi anak yang soleh ya Aqeef. Buat Amar dan Amyra, selamat menempuh alam menjaga anak siang malam!

Sumber Instagram Amar & Aqeef

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.