Misi Musim Sejuk Fara Fauzana

Apabila kita memberi bantuan kepada yang memerlukan, hati kita akan rasa gembira dan puas. Tidak kiralah besar mana jumlah atau sebagainya. Yang paling penting niat seseorang itu. Terkini Fara Fauzana telah pun berangkat ke sempadan Turki – Syria untuk menjayakan misi bantuan musim sejuk yang dianjurkan oleh Malaysia Life Line For Syria.

Pemergian Fara bukan omong kosong sebaliknya, Fara dan team telah berjaya mengumpul sejumlah wang yang diterima dari orang ramai untuk membeli keperluan masyarakat di Syria seperti selimut, makanan, baju sejuk dan sebagainya. Mereka ke sana dari 18 Disember sehingga 26 Disember 2017.

Murni sungguh hati Fara untuk turut serta. Anda boleh follow Instagram Fara untuk mengetahui perkembangan terkini beliau di sempadan Turki dan Syria. Kesian rakyat Syria. Bagi yang telah menderma, anda sangat berhati mulia. Semoga derma anda untuk diberkati oleh Allah SWT.

Buat Fara dan team, semoga berjaya dan jaga diri di tempat orang.

Sumber Instagram Fara Fauzana.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.