Jonghyun: Bintang K-pop Mati Bunuh Diri

Kim Jonghyun dari kumpulan K-pop terkenalSHINee, ditemui mati di kediamannya yang terletak di Cheongdam-dong, Seoul jam 6.30 petang semalam waktu tempatan, menurut laporan Koreaboo.

Jonghyun ditemui tidak sedarkan diri oleh pihak polis di  dalam sebuah bilik bersama arang batu yang terbakar, satu kaedah bunuh diri biasa di Korea. Pihak polis bertindak berdasarkan laporan yang diterima dari kakak Jonghyun yang melaporkan bahawa adiknya akan membunuh diri.

Jonghyun dikejarkan ke Hospital Universiti Konkuk tetapi dia kemudiannya disahkan meninggal dunia. Punca kematian adalah kerana keracunan karbon monoksida.

unnamed
Jonghyun dan kakaknya, Sodam
Menurut laporan media Korea, Jonghyun menghantar kakaknya satu pesanan ringkas yang berbunyi seperti nota bunuh diri, menyebabkan kakaknya menghubungi polis untuk menyelamatkan adiknya.
“Ia sangat sukar. Tolong lepaskan saya pergi, dan beritahu semua orang yang saya menjalani masa yang sukar, ini adalah selamat tinggal saya yang terakhir”, tulis Jonghyun kepada kakaknya.
SHINee memulakan kerjaya di kancah muzik K-pop pada 2008 dengan album pertama mereka, The SHINee World. Jonghyun juga melancarkan kerjaya solo pada tahun 2015, dengan tiga album sepanjang tiga tahun yang lalu, serta sebuah buku, Skelton Flower, yang diterbitkan pada tahun 2015. Jonghyun bernaung di bawah agensi bakat, SM Entertainment.
shinee-15
Kumpulan SHINee | Foto: SM Entertainment

Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh agensi SM Entertainment mengenai kematian Jonghyun.

“Ini adalah SM Entertainment. Kami mohon maaf kerana menjadi pembawa berita tragis dan menyayat hati ini. Pada 18 Disember, Jonghyun meninggalkan kita dengan secara tiba-tiba. Dia ditemui tidak sedarkan diri di sebuah kediaman di Cheongdam-dong, Seoul dan dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan tetapi kemudiannya disahkan mati. Kesedihan kami tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan yang dirasai oleh keluarganya, yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada anak lelaki dan saudara lelaki. Kami telah menghabiskan masa yang lama dengannya, ahli-ahli SHINee dan kakitangan SM Entertainment semuanya masih terkejut dan bersedih. Jonghyun mencintai muzik lebih daripada orang lain dan dia seorang artis yang sanggup melakukan segala-galanya untuk memberikan yang terbaik di pentas. Ia amat menghancurkan hati kami untuk membawa berita ini kepada peminat yang sangat menyayangi Jonghyun. Kami memohon agar anda menahan daripada melaporkan khabar angin dan sebarang spekulasi, agar keluarga Jonghyun yang sedang berduka diberi ruang untuk bertenang. Sebagaimana kehendak keluarga, pengebumian akan diadakan secara tertutup bersama saudara-mara dan rakan sekerja.”

Sumber: Korea Boo & RollingStone

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.