All By Myself Aishah Memukau Juri

Berakhir sudah Gegar Vaganza musm keempat (GV4). Tidak perlu disangkalkan lagi apabila juara yang diumumkan sememangnya layak iaitu Aishah. Membawakan lagu All By Myself membuatkan Aishah selesa dan meninggalkan peserta lain.

Dalam pada itu, sebenarnya persembahan kedua iaitu pusingan battle adalah pusingan yang amat menakutkan bagi semua peserta. Aishah bersama Liza Hanim membawakan lagu Supergirl. Ternyata kedua-dua sangat hebat.

Namun begitu persembahan pertama Aishah sangat memberi impak. Hetty Koes Endang sampai mengalirkan airmata kerana Aishah begitu menjiwai lagu Celine Dion itu. Aishah
membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,00 dan trofi. Selain dari itu sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barang kemas dan baucer membeli-membelah.

TAHNIAH!!!!

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on

Tempat kedua dimenangi oleh Liza Hanim dengan menerima wang tunai RM50,000, sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Turki, barang kemas dan baucer membeli-belah.

Sementara itu Lan berada di tempat ketiga membawa wang tunai berjumlah RM30,000, sebidang lot tanah banglo, percutian ke Boracay, barangan kemas dan baucer berjumlah
RM4,000.

Hazami yang menduduki tempat keempat menerima wang tunai RM20,000, pakej percutian ke Jogjakarta, barangan kemas dan baucer membeli belah sebanyak RM3,000. Manakala penyanyi dari seberang Firman berada di tempat kelima mendapat wang tunai RM15,000, barangan kemas dan baucer membeli belah berjumlah RM2,000. Tempat terakhir, Tia menerima wang tunai sebanyak RM10,000, barangan kemas dan baucer berjumlah RM1,000.

Berikut merupakan markah penuh konsert akhir GV4 yang bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor malam tadi:

  1. Aishah – 81%
  2. Liza Hanim – 79%
  3. Lan Solo – 70.4%
  4. Hazami – 70%
  5. Firman Siagian – 69%
  6. Tia Jinbara – 66%

Jom saksikan sedikit sedutan persembahan kemenangan Aishah sebagai juara GV4!

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply