FizoMawar Kitchen Beri Potongan 15% Pada Pengunjung Sempena….

Hari ini genaplah dua tahun usia penubuhan FizoMawar Kitchen (FMK) . So, team Jambu Batu Online ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut ulang tahun penubuhan FMK yang kedua.

Sempena anniversary kedua FMK pada hari ini, korang semua berpeluang untuk menikmati potongan harga sebanyak 15%* kepada pengunjung yang datang menikmati juadah di situ.

Ha…Apa lagi yang korang tunggu. Orang-orang sekitar Bangi, Kajang, Nilai, Seremban, Seri  Kembangan dan Puchong terutamanya, wajib singgah ke restoran FizoMawar Kitchen nih.

Sambil-sambil menikmati hidangan Asli Thai yang disediakan di situ, korang boleh dapat diskaun 15 peratus. Tapi 15 peatis potongan dari jumlah total harga dalam satu resitlah. Bestkan?

Okay, korang mesti tertanya-tanya best sangat ke menu hidangan yang disediakan restoran FizoMawar Kitchen nih.

dragon tomyam.jpg

Ha..nih namanya Dragon Tom Yam. Hidangan ini boleh dinikmati daripada 4 orang hingga ke 8 orang. Sebab apa? Unik dan specialnya hidangan ini adalah kerana kuah tomyamnya menggunakan santan tetapi rasanya lemaknya tidaklah begitu padu sangat sampai membuatkan korang semua rasa cepat kenyang. Satu lagi yang best, dalamnya adalah banyak isi udang, sotong, ayam termasuklah ketam. Rasanya, kalau korang peminat tomyam, korang akan suka, sebab rasa tomyamnya asli dan sedikit pekat.

 

dagingbakartomyam.jpg

Daging Bakar Tomyam. Antara hidangan terbaik yang jadi buruan kaki makan di FizoMawar Kitchen. Dagingnya diperap dengan begitu baik sehingga jus perapannya terasa tatkala kita menikmati hidangan ini terutamanya ketika ia masih panas. Jangan terkejut kalau korang menambah order hidangan ini.

ayambijan.jpg

Rasa biji ketumbar dan bijan pada ayam goreng ini menjadikan ia suatu hidangan yang cukup eksotik. Lebih-lebih lagi apabila ia digoreng dengan garing. Hasilnya, ayam ini begitu rangup apabila dijamah ke dalam mulut. Untuk yang bawak anak-anak kecil, korang boleh hidangkan nasi dengan ayam goreng bijan ini buat mereka. Gerenti anak-anak akan suka.

padthai.jpg

Kena makan waktu panas-panas. Pad Thai Tomyam ini menggunakan resepi asli Thai. So, untuk korang yang gemar menikmati Pad Thai waktu bercuti di Bangkok, wajib menikmati hidangan ini di FizoMawarKitchen. Kalau tak begitu gemar perisa Tomyam, korang boleh order Pad Thai yang asli. Rasanya sedap yang amat.

ostrichpremiumburger.jpg

Nak makan western? FizoMawar Kitchen juga menyediakan hidangan western di restoran mereka. Cubalah pesan Ostrich Premium Burger. Rasanya memiliki gabungan ayam dan daging dan apabila diletakkan mayonaise bersama nenas, keseluruhan rasanya lebih terserlah. Hidangan ini tutut dilengkapi dengan fries yang ditaburi keju.

akok

Ini satu lagi hidangan favourite di FizoMawar Kitchen. Kuih Akok memang boleh didapati di mana-mana sekarang ini. Tapi, kuih Akok yang sedap, sukar dicari. Rasanya cukup seimbang, sesuai dengan citarasa mereka yang gemarkan kuih Akok. Tak begitu manus dan tak hanyir langsung. Malah, cair apabila dimasuk ke mulut. Sukar nak berhenti , apabila sudah merasai kuih akok ini.

 

cakoi.jpg

Tak seperti cakoi biasa, cakoi ini dihasilkan dalam bentuk bulat yang kecil. Senang nak makan dan senang nak masuk mulut. Yang penting, kuih cakoi ini dihasilkan dengan begitu baik sekali dan rangupnya juga terasa. Begitu juga dengan sosnya yang diperbuat daripada kaya. Sedap sungguh apabila dicecah dengan kuih cakoi yang panas-panas ini.

 

mojito.jpg

Ini Mojito Laici yang halal ya. Sungguh menyegarkan untuk dinikmati kala panas. Daun pudina, lemon dan asam boi menyuntik lagi rasa kesegaran di dalam minuman ini.

 

tehais.jpg

Korang meminati Teh Ais Bangkok? Atau perisa lain seperti Green Tea atau Kopi yang menggunakan cara ini. Ia turut disediakan di FizoMawar Kitchen dan ia menjadi antara minuman yang favourite kebanyakan pelanggan setia.

 

Sejarah FizoMawar Kitchen

FizoMawar Kitchen ditubuhkan di bawah Fizo Omar Catering Sdn Bhd pada 15 Disember 2015.

Pengasasnya iaitu Fizo Omar merupakan seorang selebriti yang minat memasak disamping isteri beliau yang sukakan makanan dan gemar menjelajah sehingga menyebabkan tertubuhnya restoran ini.

Selain itu restoran ini adalah inisiatif beliau di atas kesukaran menemui makanan berasaskan thai yang menepati citarasnya.

Cita rasa selebriti ini terhadap makanan thai amat tinggi berikutan ibunya yang memang  berasal dari Narathiwat. Beliau mengambil inisiatif sendiri untuk  belajar resipi & cara masakan menu asli thai di negara gajah putih itu selama 6 bulan dan menetapkan SOP penyediaan makanan di FMK.

Penubuhan restoran ini juga adalah salah satu cara pengasas berkongsi rezeki dan keenakan masakan thai kepada orang awam khususnya di lembah klang.

Pilihan lokasi yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi adalah lokasi yang strategik disamping Bandar Baru Bangi merupakan antara pusat tumpuan membeli belah utama.

FMK Opening : 15 Disember 2015

Founder : Fizo Omar

Food Origin : Thailand food

Keistimewaan FMK terletak pada variasi menunya yang berteraskan kpd hidangan tradisi negara gajah putih. Tidak berkrompomi ttg keaslian rasa dan  kualiti sajian, bahan-bahan masakan FMK dibawa khas dari Thailand. Segar dan yang  paling penting halal.

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply