Kenapa Fattah Amin Tidak Muncul Dalam Program MeleTOP?

Mengikut kepada promosi yang dibuat oleh program MeleTOP, pelakon-pelakon My Coffee Prince akan hadir di studio pada Selasa iaitu semalam. Pasti bergegar studio kerana promosi terbabit melibatkan dua hero yang nama pangkalnya sama iaitu FA. Siapa lagi kalau bukan Fahrin Ahmad dan Fattah Amin.

 

Sudahlah drama sedang hot, pelakon-pelakon yang hadir pun sama hot. Namun yang ‘hot’-nya, hanya Fahrin Ahmad yang muncul. Tetapi suami kesayangan Fazura ini tiba-tiba tidak muncul pula besama Fahrin. Walaupun sebenarnya, Fattah memang hadir di set meleTOP dan sudah bersiap sedia di belakang pentas sebagaimana yang dikongsikan oleh pihak meleTOP dalam Insta Story mereka ini (namun kini sudah dipadam).

fattahmeletop

Malah jurugambar Aqo Imran pun ada berkongsi gambar Fattah dan Fahrin di belakang pentas sewaktu membuat live update program tersebut melalui Instagramnya.

IMG_20171213_004242_969.JPG

Apabila Fattah menarik diri di saat akhir dan tidak muncul dalam program tersebut, pihak MeleTOP pun mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada semua yang menunggu kemunculan Fattah dalam program tersebut, Tapi yang peliknya pihak meleTOP menyatakan Fattah tak dapat hadir…Aik? Bukan tadi baru update Insta Story Fattah kat belakang pentas ke?

Screenshot_20171212-224739.png

Bila terjadinya perkara sebegini mula la peminat-peminat berfikiran luar jangkaan dan membuat pelbagai andaian. Ini yang sempat kami screenshot komen-komen mereka.

This slideshow requires JavaScript.

Adakah kerana Neelofa pengacara MeleTOP disebabkan itu Fattah tidak mahu muncul? Atau sebaliknya? Mustahil begitu kerana pasti kedua-duanya professional, bukan? Tetapi, pengurus Neelofa ada mengeluarkan kenyataan di Instastory. Namun telah dipadam.

Screenshot_20171212-220603Screenshot_20171212-220606Screenshot_20171212-220609

Seperti ada sesuatu yang berlaku di situ. Kami di Jambu batu Online pun musykil jugak sebab apa ya? Tapi, tidak mengapa. Seperti kata pengurus Neelofa, hanya yang berada di studio sahaja yang mengetahui. Wallahualam.

Sumber Instagram MeleTOP, Shawn Ameer & Aqo Imran

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.