Live Music Amal : Damansutra – Air Mata Rohingya

Damasutra kembali beraksi menemui peminat setelah sekian lama tidak membuat persembahan bersama. Kali ini, mereka kembali kerana mempunyai satu misi penting untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Rohingya.

Live Music Amal : Damasutra – Air Mata Rohingya adalah sebuah acara Mini-Konsert Amal yang dianjurkan oleh INSAF Malaysia, sebuah pertubuhan kemanusiaan di Malaysia. Acara ini dianjurkan dengan kerjasama Padi Records, Solaris Music, PERMIS dan Gabungan CK Biker’s Club.

Akan diadakan pada 17 Disember 2017 di Hard Rock Café, Kuala Lumpur dari jam 3:00 petang hingga jam 5:00 petang. Orang ramai yang ingin menyaksikan persembahan dengan membayar caj masuk sebanyak RM65 di pintu masuk pada hari persembahan dan juga boleh mendapatkan tiket awal melalui Cik Juliana di talian 013-340 0447.

Damasutra bakal membuat persembahan selama dua jam dan akan menyampaikan lagu-lagu hit mereka seperti Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Sufi dan Asyik. Selain itu ada juga artis undangan iaitu artis-artis dari Padi Records dan Solaris Music seperti Ammy Fara dari Thailand, Real Spin dan Ezza dari Filipina.

Bagi Damasutra peluang ini mereka ambil sebagai sumbangan mereka kepada sebuah matlamat kemanusiaan yang lebih besar. Mereka telah dipilih oleh INSAF kerana mereka dikenali dengan lagu-lagu yang bermesej kemanusiaan. Ditambah pula, Baggio merupakan sukarelawan INSAF Malaysia yang sangat aktif dengan aktiviti anjuran INSAF.

Jumlah yang berjaya dikumpul dari Mini Konsert ini akan disalurkan kepada bantuan kemanusiaan warga Rohingya yang ditempatkan di Kem Perlindungan Cox Bazar, Bangladesh dan juga kepada program amal INSAF di tempatan dan seluruh Malaysia.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply