Abam, Tauke Selamat Bergelar Suami

Meriah minggu ini kerana dua pelawak Malaysia telah mendirikan rumah tangga. Jumaat lalu Abam Bocey telah selamat memperisterikan Siti Norhidayah Mohd Ali dengan sekali lafaz pada pukul 5.35 petang. Menurut mStar Online, Abam dinikahkan oleh Imam Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Kamal Sahlan yang mewakili bapa pengantin perempuan, Mohd Ali Bahtin.

Abam menyerahkan RM3000 sebagai mas kahwin manakala pengantin perempuan menyerahkan 11 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak lelaki.

Seterusnya, Tauke Jambu pula telah sah bergelar suami kepada Nadia Mohd Effendi pada pagi Sabtu lalu. Tauke dinikahkan oleh Imam dan jurunikah Masjid Al I’itisam, TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib yang mewakili bapa pengantin perempuan Mohd Effendi Mamat.

Ini merupakan perkahwinan kali keempat Tauke setelah menduda lima tahun. Hasil daripada tiga perkahwinan, Tauke mempunyai enam orang anak. Majlis turut menyaksikan Tauke menyerahkan RM300 mas kahwin dan RM30,000 wang hantaran. Pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas lima dulang oleh pihak lelaki.

Solemnization of @taukejambu X @nadiayaya6 09 December 2017 / @delamaneventspace Liveupdate : @sixucaphotography Photographer : @sixucaphotography Videographer : @pastelkaler.kl Dais : @afeer_kualalumpur Catering : @qa_caterer Table & Chivary : @eikayrul_services Bridal Dress : @ikamarulzaman89 Makeup : @fazleenfazel Hairdo : @therealkhaibaha Henna Bride : @ct_fiverose_hennapenang Henna Bridesmaids : @mimi_hennakl.kajang.klang_ @hennabypuyed Hand Bouquet : @sheeraaz_85 Hantaran : @za_henna_art_penang.kulimkedah Duta : @kamamax_hq MC by : @dollahcantek_dc @angah_lawaking @zalifsidek @daniell_fiq Event Coordinator : @capalputus Wedding Planner : @afeer_kualalumpur #nadiatauke #nadiatauke2017 #weddingartis #selebritikahwin #sixucaphotography

A post shared by Tauke Jambu officials (@taukejambu) on

Selamat pengantin baru buat Abam dan Tauke! Semoga kekal keakhir hayat!

Sumber: mStar Online,  Instagram Abam Bocik & Tauke Jambu

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply