7 Artis AF Jayakan Cinta Pertama The Musical di UUM Sintok, Esok Malam!

Bukan berjanji, tetapi takdir yang menemukan tujuh bekas bintang Akademi Fantasia (AF) berbeza musim untuk disatukan di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) Kuala Lumpur Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bermula dengan  bekas juara AF Musim 2, Zahid Baharuddin, Akma Abdullah (AF3), Haziq Rosebi (AF4), Aril Pilus (AF7), Maulana Mohamed (AF8) , Laika (AF9) sehinggalah kepada bekas juara AF13, Amir Syazwan.

Ketujuh-tujuh mereka ini juga turut terlibat di dalam pementasan muzikal Cinta Pertama The Musical di Dewan Muadzam Shah UUM di  Sintok, Kedah pada 11 Disember 2017 bersama 31 pelajar sekelas mereka yang lain.

Aril Pilus yang juga bekas Naib Juara AF7 adalah antara pelajar yang paling teruja untuk menjayakan Cinta Pertama The Musical ini.

“Ini bukan pertama kali saya melakukan pementasan teater. Sebelum ini pun ada. Salah satunya adalah  pementasan di peringkat kebangsaan sewaktu menyertai group teater Universiri Malaya pada tahun 2003.

“Ya saya memang cukup teruja dan bersemangat untuk menjayakan Cinta Pertama The Musical kerana ia turut dijayakan pelakon hebat yang lain.

“Saya janjikan, ini adalah pementasan muzikal teater terbaik yang pernah dilakukan dalam masa yang singkat untuk UUM,” katanya kepada Jambu Batu Online.

Berkisar tentang Cinta dan Persahabatan, Cinta Pertama The Musical menggarapkan kisah-kisah mencuit hati di kalangan pelajar-pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur ini sewaktu kali pertama menjejakkan kaki ke universiti terutama apabila melihat rakan seperjuangan sama dan sudah lama dikenali di dalam industri seni turut menyertai jurusan ijazah yang sama.

Kisah mencuit hati ini turut diselangi dengan beberapa konflik yang melibatkan perbezaan ideologi dan pendapat serta ketegangan yang berlaku di antara pelajar muzik dan filem.

Namun akhirnya proses adaptasi, perasaan sense of belonging serta serta rasa cinta dan sayang yang penuh mendalam terhadap UUM telah berjaya menyatukan mereka sehingga wujudnya motto Respect Differences, Find Similarities.

Cinta Pertama The Musical menampilkan kehidupan sebagai pelajar universiti yang berpaksikan pengalaman sebenar mereka ini disampaikan dalam bentuk dialog dan lagu yang berkait rapat dengan penceritaan pementasan muzikal ini.

Amir Syazwan pula berkata, ini adalah kali pertama dia menjayakan pementasan berbentuk muzikal.

“Selepas melakukan latihan, saya berasa sangat excited dan tidak sabar untuk menjayakan pementasan ini.

“Saya juga rasa selesa kerana pementasan ini turut melibatkan rakan-rakan sekelas terutama dari kalangan selebriti seperti Pekin Ibrahim, Tomok serta Fattah Amin. Begitu juga dengan rakan-rakan AF yang lain,” katanya yang menjadi pelajar paling muda menyertai BCIM/UUM KL.

Antara lagu yang bakal disampaikan pelajar-pelajar BCIM/UUM di dalam pementasan muzikal ini adalah Coba (Amir SYazwan), medley Cek Mek Molek  & Pencuri Hati (Zahid), 1234u (Fattah Amin), Berlari (Tomok), Aku Yang Sebenar (Aril), medley Gelisah & Dikau Sumber Ilhamku (Haziq) serta  Kuch Kuch Hota Hai (Akma)

Cinta Pertama The Musical dianjurkan pelajar-pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur yang berada di bawah kelolaan Idzwan Yacob dan disokong sepenuhnya oleh UUM. Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak adalah tetamu kehormat pada malam itu.

 

 

haziquum.jpg

maulanauum.jpg

akmauumlaikauum.jpg

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply