Azhan Rani Ditahan Polis

Terkejut team Jambu Batu apabila pelakon Azhan Rani memberitahu dia ditangkap polis. Azhan berkongsi berita tangkapan itu di Instagram miliknya.

View this post on Instagram

baru sebentar ditahan 3 anggota polis ketika berlari berteduh dari hujan ke workshop depan rumah. “minta pasport?” aku tanya kenapa.. lepas tu dia terkejut dengan bahasa melayu aku “minta i/c “ aku bagi dan tanya kenapa nampak muka saya macam myanmar ke? diam sekejap dia tanya lagi “kerja mana?” aku jam nak jawap aku kerja kat mana? aku bukan ada office pun.. lepas tu seorang anggota lagi cakap “ni bukan yang berlakon dengan @aydajebat semalam ke?” aku diam je.. lepas tu baru2 diaorang salam… “minta maaf bang” aku blah beberapa langkah.. aku selfie… dan tengok gambar sendiri ..memang macam myanmar pun.. muka terbakar main lari2 sepanjang dua minggu ni.. patut la takde rating pun.. ahhh tapi ini diri aku sendiri .. i’m happy.. syukur Ilahi #alhamdulillah

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Rupa-rupanya polis ingat Azhan bukan warga tempatan sebaliknya warga asing. Lawak pula kami rasa. Tetapi Azhan tidak melenting malah dia beri sahaja apa yang diminta polis tersebut.

Akkhirnya polis itu baru perasan, Azhan adalah seorang pelakon. Lega rasanya kan. Tetapi Azhan buat lawak pula. Dia mengambil gambar sendiri kemudian melihat memang seperti bukan orang Malaysia.

Tidak mengapa Azhan, wajah anda okay sahaja bagi kami. Malah job pun sentiasa masuk. Wajah Azhan pun sentiasa keluar stesen televisen. Maksudnya permintaan itu ada.

Foto kredit Instagram Azhan Rani

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.