Walau di Jakarta, Fattah Amin Gigih Latih Muzikal Cinta Pertama Untuk UUM

Walau berada nun jauh di Jakarta Indonesia demi menemani isteri tercinta, Fazura untuk menghadiri tayangan perdana, Ayat-Ayat Cinta 2, namun Fattah Amin tetap gigih membuat latihan sendiri demi menjayakan pementasan muzikal Cinta Pertama yang bakal berlangsung di Dewan Muadzam Shah Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok Kedah pada 11 Disember ini.

Membawakan watak sebagai dirinya sendiri, Fattah akan menampilkan babak penting yang memperlihatkan reaksi rakan-rakan sekelasnya apabila dia menyertai jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) di UUM Kuala Lumpur.

Apakah yang berlaku? Korang kena tengoklah nanti. Menariknya, Fattah juga akan turut membawakan lagu 123u di dalam pementasan ini nanti. Sebab itulah, dia sibuk berlatih membawakan lagu ini menggunakan waktu dan masa yang terluang di dalam bilik hotelnya.

Mujurlah ada isteri tercinta, Fazura untuk membantu. So sweet… Tak percaya, sila tonton video ini.

 

Pementasan muzikal Cinta Pertama yang diarahkan Raja Mukhriz ini adalah projek khas melibatkan 38 orang pelajar-pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur bagi semester kelima bersempena majlis penyampaian Anugerah Dekan yang diberikan kepada mereka yang layak menerimanya.

Berkisar tentang Cinta dan Persahabatan, Cinta Pertama The Musical menggarapkan kisah-kisah mencuit hati di kalangan pelajar-pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur ini sewaktu kali pertama menjejakkan kaki ke universiti terutama apabila melihat rakan seperjuangan sama dan sudah lama dikenali di dalam industri seni turut menyertai jurusan ijazah yang sama.

Selain Fattah Amin, Cinta ertama The Musical turut dijayakan Pekin Ibrahim, Tomok, Aril, Zahid, Haziq, Maulana, Akma Abdullah, Layka dan Amir Syazwan. Turut terlibat adalah Ashraf Asimudin (Achap- Pretty Ugly) , Azran Hamzah (Ayie/Awe – The Quest), Ammar Habir (Drama Band), Amir AliΒ  (pemain flute) serta Kautsar Mat Sin (Alam Band) selaku pengarah muzik.

Antara lagu yang bakal disampaikan pelajar-pelajar BCIM/UUM di dalam pementasan muzikal ini adalah Coba (Amir SYazwan), medley Cek Mek Molek Β & Pencuri Hati (Zahid), 1234u (Fattah Amin), Berlari (Tomok), Aku Yang Sebenar (Aril), medley Gelisah & Dikau Sumber Ilhamku (Haziq) sertaΒ  Kuch Kuch Hota Hai (Akma)

Cinta Pertama The Musical dianjurkan pelajar-pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur yang berada di bawah kelolaan Idzwan Yacob dan disokong sepenuhnya oleh UUM. Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak adalah tetamu kehormat pada malam itu.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply