“You’ll Always Be In My Doa” – Shila Amzah

Pemergian putera raja nan satu ini sangat dirasai oleh seluruh rakyat kerana baginda seorang yang sangat mesra rakyat. Almarhum Tunku Abdul Jalil dikhabarkan telah bertarung dengan penyakit kanser hatinya yang berada pada tahap empat sejak Ogos 2014.

Ketika kemangkatan almarhum, seluruh kaum kerabat Diraja Johor berada di sisi almarhum. Almarhum mangkat pada jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah ketika berusia 25 tahun. Pengumuman berkenaan kemangkatan almarhum telah dibuat oleh Pengerusi Majlis Jumaah DiRaja, Datuk Abdul Rahim Ramli.

5 Disember 2017 cukup dua tahun pemergian Almarhum. Ramai yang mengimbau kenangan bersama almarhum, tidak terkecuali penyanyi Shila Amzah. Shila telah memuat naik perbualannya bersama almarhum di Insta Story.

Screenshot1Screenshot2Screenshot3Screenshot4

Sayu pula rasanya. Tidak mengapa. Almarhum sentiasa kekal di hati semua rakyat  Malaysia kerana budi bahasanya yang sangat tinggi.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah.

Sumber Instagram Shila Amzah

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.