Janda Kaya Ini Sudah Meniduri Lebih 100 Lelaki, Bantu Suami Isteri Kekal Bahagia

Percaya atau tidak? Tapi, itulah hakikatnya. Si janda kaya bernama Gweneth Lee, 47, ini mengakui sudah meniduri lebih 100 lelaki dalam tempoh 10 tahun.

Lebih mengejutkan, kebanyakan isteri kepada lelaki ini mengetahui tentang hubungannya dengan suami-suami mereka, tetapi hanya menutup mata kerana mereka sudah tidak berminat dengan seks dan pada masa yang sama mahukan suami mereka berasa gembira.

Gweneth yang juga bekas model tetapi sudah menukar profesion  sebagai konsultan kewangan di London sedikit pun tidak menyesal dengan tindakan serta perbuatannya itu.

Sebaliknya, dia menyifatkan bahawa dia adalah solusi terbaik buat pasangan suami isteri seperti ini.

“Saya tak menyesal kerana saya percaya saya telah membantu kebanyakan pasangan ini untuk terus kekal dengan perkahwinan mereka. Jika saya tidak ada, pasangan ini mungkin akan bercerai,” katanya kepada Daily M.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.