Al-Fatihah! Ibu Zul Ariffin Sudah Meninggal Dunia

Salam takziah team Jambu Batu Online ucapkan kepada aktor Zul Ariffin di atas pemergian ibu tercintanya, Robiah bt Nasir. awal pagi tadi.

Walaupun tidak dipastikan lagi punca kematiannya, namun Zul sememangnya amat rapat dan manja dengan ibunya. Malah, dia pernah membawa ibunya menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Menurut posting yang dimuatnaik @zulariffinfc, Allahyarhamah Robiah sering dikenang sebagai wanita yang cukup positif, penuh energetik dan sering menyokong.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohNya dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin…

Buat Zul Ariffin dan sekeluarga. Salam takziah sekali lagi. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply