Aidiel Ghafar Jadi Peneraju Kazuki Coin?

Wah! Macam tak percaya. Tapi, itulah perkhabaran yang disampaikan kepada team Jambu Batu Online daripada sumber-sumber yang sangat boleh dipercayai.

Kata sumber tersebut,  Aidiel Ghafar yang juga bekas produser dan pengacara TV3, sekarang ini sudah jadi peneraju Kazuki Coin iaitu mata wang digital (cryptocurrency). Alah, lebih kurang macam bitcoin.

Khabarnya dah beberapa bulan dan Kazuki Coin berada di pasaran dan matawang terbaharu ini nampaknya sudah pun meletup di pasaran. Dalam waktu yang singkat saja, nilainya terus naik mendadak.

Malah, ramai yang berpusu-pusu mendapatkannya termasuklah dari kalangan VVIP dan juga selebriti.  Untunglah siapa yang beli Kazuki Coin. Kayo…Kayo…

Tapi, tak sangka pulak yang Aidiel dah terlibat dengan matawang digital yang diuar-uarkan bakal jadi matawang masa depan kita semua suatu hari nanti. Hai.. Terpaksalah team Jambu Batu Online cari Aidiel Ghafar lepas nih.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Aidiel Ghafar Jadi Peneraju Kazuki Coin?”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.