Lan Solo Viral Gara-Gara Isu Kahwin Ude-Izreen Azminda

Gara-gara membawakan lagu Pahit Akan Manis Akhirnya di dalam konsert keenam Gegar Vaganza Musim 4 (GV4) malam semalam, Lan Kristal yang kini telah pun mengubah namanya kepada Lan Solo tiba-tiba sahaja menjadi viral dan diperkatakan netizen.

Ya, lagu yang dibawakan Lan Solo itu lebih viral berbanding keputusannya untuk mengundur diri daripada Kristal yang dibuat secara rasmi sejurus selepas berakhirnya konsert GV4 pada minggu lalu.

Apa tidaknya, lagu itu seolah-olah tepat menggambarkan situasi perkahwinan pelakon Izreen Azminda sebagai isteri kedua apabila berkahwin senyap-senyap dengan pemain keyboard GV4, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 29 yang berstatus suami orang pada 8 Ogos lalu.

Atas sebab itu, ramai yang mengusik mengatakan lagu itu ditujukan buat Muhammad Radzi Abdul Wahid yang mesra digelar Ude, Izreen Azminda serta Intan Liana Saleh, 32, selaku isteri pertama.

Lebih-lebih lagi bila verse lagu itu berbunyi: Wanita manakah sanggup berkongsikan kasih/Walau madu bagiku, Tapi hempedu bagimu/Terkadang harus terima surata dariNya/Tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnya. Lagu ini sebenarnya sambungan kepada lagu Di Sana Menanti, Di sini Menunggu.

Team Jambu Batu Online percaya mesti ramai yang cari lagu Pahit Akan Manis Akhirnya yang dipopularkan Ukays ini di dalam Youtube! Apapun, walau sedang sakit, Lan Solo tetap berupaya membawakan lagu itu dengan baik. Syabas!

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply