Kenapa Aqasha Tersingkir di GV4?

Selepas Raja Azura atau Kak Engku, Haida dan Elyana, giliran Aqasha pula terpaksa menamatkan perjuangannya di dalam Gegar Vaganza Musim 4 (GV4) apabila menjadi peserta seterusnya yang tersingkir dalam konsert minggu keenam pertandingan realiti hiburan terbitan Astro Ria itu.

Penyingkiran Aqasha itu sekaligus membantu lapan lagi peserta yang masih tinggal iaitu Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Firman, Hazami, Lan Kristal dan Tia Jinbara untuk mara ke konsert minggu ketujuh.

Membawakan  lagu That’s Why You Go Away, nyanyian asal Michael Learns To Rock, Aqasha tersingkir selepas memperolehi markah yang rendah dalam persembahannya itu.

GV4 yang diterajui Nabil bersama Jihan Muse menampilkan Dato Ramli MS dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, manakala Dato’ Mokhzani dan Dato Ac Mizal adalah juri undangan pada minggu itu.

GV4 musim menawarkan hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi kepada juara, RM50,000  (naib juara), RM30,000 (tempat ketiga), RM20,000 (keempat), RM15,000 (kelima) dan RM10,000 (keenam). Kesemua mereka turut menerima trofi.

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.