Upiak Berjaya Curi Hati Siapa Tu?

Semenjak Malaysia dilanda fenomena Tak Tun Tuang, saban hari ada aje parodi atau cover version terbaru yang keluar. Pendek kata memang fenomena lah!

Kini bukan lagu Tak Tun Tuang itu dah jadi sebutan rakyat Malaysia, malah penyanyi asalnya, Silvia Nanda atau dikenali sebagai Upiak pun dah mula mencuri hati rakyat Malaysia. Sejak Upiak bernaung di bawah syarikat rakaman Malaysia, MVM Production dan rancak ke sana ke mari dalam mempromosi lagu Tak Tun Tuang, personaliti Upiak mula mendapat perhatian ramai.

Mungkin kerana personalitinya yang bersahaja, sempoi, gila-gila, sporting, kelakar dan kadang-kadang macam lurus bendul membuatkan ramai yang terhibur melihat gelagat Upiak. Pendek kata penyanyi Minang dari Sumatera, Indonesia ini pandai menyesuaikan diri di Malaysia.

Hampir setiap video wawancara atau parodi yang melibatkan Upiak ditonton, dikongsi dan menerima komen jutaan orang yang rata-ratanya dari Malaysia, Indonesia malah dari Thailand pun ada juga. Tengok kat Facebook Jambu batu Online aje la, bila posting pasal Upiak je pasti engagement kami meriah! Malah kami amati followers Upiak di Instagram @upiak_isilsgz pun tiba-tiba naik mendadak!

Kalau korang tak percaya yang Upiak dah mula curi hati rakyat Malaysia, cuba korang tonton satu persatu video di bawah ni dan baca komen sekali:

Menghiburkan bukan? Banyak komen positif yang diberikan untuk si Upiak ni. Punyalah ramai orang suka tengok kerenah Upiak sampai ada yang mencadangkan dia untuk berlakon atau masuk Maharaja Lawak Mega. Begitu sekali penerimaan Upiak di Malaysia.

Itulah kata orang, bumi Allah swt ini luas terbentang, rezeki ada di mana-mana. Dari seorang penyanyi daerah, kini Upiak berjaya membawa bakatnya melangkau  sempadan negara dan diterima dengan baik pula tu.

Team Jambu Batu mengucapkan semoga Upiak makin sukses di Malaysia dan terus menjadi jambatan muhibbah antara Malaysia dan Indonesia. Kekalkan personaliti mu yang sempoi itu!

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.