Nonny Tidak Dapat Pulang Melihat Arwah Ayah

Menerima berita kematian bukanlah suatu perkara yang mudah. Apabila berita yang disampaikan itu adalah orang tersayang. Lebih menyedihkan apabila anda tidak dapat melihat jasad orang yang ada sayang buat kali terakhir. Sedih kan?

Itu yang telah terjadi kepada bekas peserta Akademi Fantasia ke 5, Nonny Nadirah apabila tidak sempat pulang untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada bapanya. Buat pengetahuan semua bapa Nonny, Zainuddin Abdullah, meninggal dunia pada hujung tahun 2015. Mungkin hingga kini masih ada yang mengungkit tentang kegagalan Nonny menatap jenazah bapa buat kali terakhir menyebabkan Nonny masih terasa kesal sehingga kini.

Nonny telah berkongsi video dengan peminatnya.

Sebak rasa di hati. Bersabarlah Nonny. Mulut manusia selalunya sukar untuk kita tapis. Hanya Allah yang mampu mengadili mereka. Team Jambu Batu berharap agar Nonny dapat menerima apa yang terjadi. Usah dikesal perkara yang sudah pun berlalu, yang penting Nonny sebagai anak sudah pun menjalankan tanggungjawab.

Salam takziah dari pihak kami dan Al-Fatihah.

Sumber Instagram Nonny

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.