Izreen Azminda Nikahi Suami Orang

Pengakuan yang dibuat oleh Intan Liana Salleh kepada Utusan Online telah mendedahkan pelakon Izreen Azminda adalah madunya. Izreen dikatakan telah berkahwin dengan seorang pemuzik, Muhammad Radzi Wahid atau lebih dikenali dengan nama Ude.

Menerusi Harian Metro, Ude telah mengaku memperisterikan Izreen pada Ogos yang lalu. Mereka juga bakal mengadakan majlis doa selamat dan menjelaskan perkara tersebut.

ude-keyboardist-gegar-vaganza-4
Ude dan isteri, Intan Liana Salleh

Terdahulu Izreen dikatakan bakal berkahwin namun dengan pendedahan ini maka terjawab sudah persoalan. Namun begitu, di laman Instagram Izreen, penuh dengan komen dari netizen yang tidak bersetuju Izreen berkahwin dengan Ude kerana Ude adalah suami orang. Seperti yang diberitahu oleh Intan, isteri pertama Ude, dia tidak mengetahui yang Ude telah berkahwin dengan Izreen.

Screenshot_20171201-211025Screenshot_20171201-211014Screenshot_20171201-211000Screenshot_20171201-210946Screenshot_20171201-210927Screenshot_20171201-210907Screenshot_20171201-210843Screenshot_20171201-210830Screenshot_20171201-210823Screenshot_20171201-210814

Terkini, Izreen telah menutup ruangan komen di Instagramnya. Mungkin banyak sangat komen negatif yang diterimanya.

Apa jua yang terjadi masing-masing mempunyai alasan tersendiri. Kita doakan yang
baik-baik sahaja.

Sumber Instagram Izreen, Harian Metro & Utusan Online

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Izreen Azminda Nikahi Suami Orang”

Leave a Reply