Elyana Terharu Dengan Hashtag Pray For Elyana

Kisah Elyana masih diperkatakan sehingga kini dan mungkin seterusnya. Team Jambu Batu terpanggil untuk menulis lagi mengenai Elyana kerana, mahu memberi pendedahan kepada anda apa yang perlu anda lakukan bukan sahaja terhadap Elyana
atau pun sesiapa yang mengidap penyakit kanser.

Temubual yang dibuat oleh radio Sinar, memberi sedikit sebanyak tips buat anda. Kami
percaya anda tidak tahu mahu membuat reaksi bagaimana sekiranya berjumpa dengan
pesakit kanser. Malah ada juga yang menjauhkan diri.

Jangan begitu. Seperti kata Elyana, kanser tidak berjangkit. Nasihat Elyana buat semua pesakit kanser, anda kena keluar, nikmati kehidupan yang sedia ada. Bagi Elyana, dia pernah menghadapi perasaan tertekan namun dia bangkit. Dia tidak mahu orang sekeliling melayan dia seperti orang sakit. Dia perlu lebih bersemangat.

Malah kerana Cinta Sumaiyyah jugalah Elyana kembali “bernyawa”. Dia tidak kisah apa yang orang kata tetapi sentiasa berfikiran positif, gembira, sentiasa berterima kasih dengan apa yang ada. Elyana berasa terharu dengan sokongan yang diberi. Dia tidak menyangka ramai yang sayangkan dia kerana sebelum ini dia selalu fikir orang tidak sukakan dia.

Anda tonton sendiri video ini dan salami perasaan Elyana.

Sumber Facebook Sinar FM

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply