Beruang Paddington Kembali Lagi!

Filem: Paddington 2

Tarikh Tayangan: 30 November 2017

Pengarah: Paul King

Pelakon: Ben Whishaw, Hugh Grant, Hugh Bonneville, Sally Hawkins, Brendan Gleeson, Julie Walters, Jim Broadbent, Peter Capaldi.

Genre: Animasi/Komedi/Pengembaraan

Masihkan anda ingat pada Paddington, beruang yang memakai topi lusuh, kot duffle, but Wellington dan makan sandwich marmalde? Beruang yang berasal dari Peru tapi hidup di kota London ini, bukan sahaja pandai bercakap malah berbudi bahasa, sopan santun, baik hati tapi agak cemerkap? Kini Paddington kembali dalam sekuel terbaru, Paddington 2.

Kalau sebelum ini mengisarkan kisah pengembaraan Paddington dari Peru ke kota London untuk mencari keluarga penjelajah Montgomery Clyde yang mengajar pakcik dan makciknya, Pastuzo dan Lucy, bahasa dan budaya manusia. Pelbagai cabaran yang dia hadapi di kota London sehinggalah dia menemui keluarga Brown.

1

Dalam sekuel terbaru, Paddington diterima sebagai ahli keluarga Brown dan tinggal bersama mereka di Windsor Gardens. Kali ini plotnya berkisar mengenai keazaman Paddington untuk mencari hadiah hari jadi yang sempurna untuk makcik Lucy di Peru. Dalam kedai barang antik yang dikendalikan oleh Mr. Gruber, dia tertarik dengan buku ‘pop-up’ yang memaparkan mercu tanda London. Bagi membolehkan dia mengumpul duit untuk membelinya, Paddington membuat kerja-kerja rencam termasuklah membantu di salon gunting rambut dan membersihkan tingkap. Malangnya hasrat Paddington untuk membeli buku ‘pop up’ itu terbantut apabila buku itu dicuri dan Paddington pula dituduh mencurinya sehingga dimasukkan ke dalam penjara. Disinilah pengembaraan baru Paddington bermula, terpisah daripada keluarga Brown, Paddington terpaksa menjalani kehidupan di penjara dan bergaul dengan banduan tegar. Bagaimanakan nasib Paddington? Berjayakah dia membuktikan dia tidak bersalah dan menjejaki pencuri sebenar sekaligus mendapatkan semula buku ‘pop up’ itu?

Filem ini sarat dengan aksi lucu dan mencuit hati terutama sekali adegan melibatkan Phoenix Buchanan dan adegan ketika Paddington di penjara. Kehadiran Hugh Grant sebagai penyangak Phoenix Buchanan ternyata memberi nilai komedi yang tinggi.

15vd_0080_f307

Filem ini sesuai untuk tontonan bersama keluarga. Anak-anak kecil pastinya terhibur dengan aksi beruang comel Paddington. Jika anda ingin sesuatu yang santai, lucu dan menghiburkan dari awal hingga ke akhir cerita, filem ini adalah untuk anda.

Paddington 2 ini bakal menemui penonton dan ditayangkan di pawagam bermula hari ini, 30 November 2017.

Saksikan trailer Paddington :

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.