Anak-Anak Penguat Semangat Nora

Awal November yang lalu Nora Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora telah mengadakan sebuah majlis “Sepetang Bersama Nora”. Majlis itu khas untuk peminat-peminat lama dan baru bertemu Nora serta beramah-mesra dengan Nora.

“Plan sudah lama untuk buat acara ini tetapi ketika itu saya masih dalam iddah dan belum bersedia untuk bertemu peminat. Dan saya juga banyak hal yang lain untuk diuruskan maka plan itu ditangguhkan”, ujar Nora.

faNORAt
Nora bersama kelab peminat, faNORAtik.

Dalam majlis tersebut, Nora sempat memperdengarkan lagu terbaru darinya. “Bukan melancarkan lagu tersebut tetapi hanya teaser yang saya perdengarkan kepada peminat yang hadir pada hari itu. Saya beri keutamaan kepada mereka. Lagu itu belum siap sepenuhnya. In Sha Allah bulan Disember atau awal tahun 2018. Pertama kali saya bekerjasama dengan komposer baru iaitu Sir Khan dan penulis lirik semestinya Habsah Hassan. Lagu “Ada Dalam Tiada” ini sangat lain dan memberi makna yang berbeza. Ada cerita disebalik lagu ini”, cerita Nora.

Kehilangan suami tercinta membuatkan Nora begitu tabah dan bangkit dari segi mental dan fizikal. Dia bukan sahaja ibu tetapi bapa kepada empat orang anak. Bukan perkara yang mudah tetapi bagi Nora anak-anak penguat semangat.

“Sekarang saya perlu bekerja lebih keras kerana saya ada anak-anak yang perlu saya tanggung. Alhamdullilah rakan-rakan, keluarga banyak membantu saya. Motivasi saya ialah anak-anak. Mereka adalah zuriat yang ditinggalkan oleh arwah. Saya perlu jaga zuriat itu sebaik mungkin dan buat yang terbaik buat mereka. Mereka adalah amanah”, tutur Nora yang sentiasa merindui Allahyarham Johan Nawawi. Al-fatihah.

Foto kredit Instagram Nora.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.