Siti Sarah Raisuddin Masuk Hospital Kerana Semput?

Kasihan sungguh team Jambu Batu Online dengan Shuib Sepah. Sebagai hubby, pasti Shuib cemas apabila isteri tercintanya, Siti Sarah Raisuddin  itu dikejarkan masuk ke hospital, sebentar tadi.

Walaupun tidak menyatakan sebab-musabab kenapa Siti Sarah dimasukkan ke hospital, namun kebanyakan fans sudah dapat mengagak bahawa puncanya adalah kerana penyakit asma.

Terlebih pula, Siti Sarah dilihat mengenakan oksigen di mulut dan hidungnya. Nampak keadaan macam serius juga.

Shuib dalam posting Instagramnya meminta agar semua pihak mendoakan Siti Sarah akan pulih.

“Ibu kena kuat…Didi ada ni teman ibu walau apapun terjadi.  Love you sayang @SitiSarahRaisuddin,” katanya…

Owhhh..So sweet. So kepada semua, mari kita pakat ramai-ramai agar doakan Siti Sarah Raisuddin akan cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Get well soon Siti Sarah. Keep fighting…

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.