Ramai Wanita Makan Hati, Bila Fattah Amin Jadi Suami Orang?

Pasti ramai di luar sana yang makan hati saat mendapat tahu bahawa pelakon Suri Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin, 27,   sudah pun menjadi suami orang apabila mendirikan rumahtangga dengan aktres jelita, Nur Fazura Shariffuddin, 34.

Hendak buat macam mana, jiwa Fattah Amin sudah berjaya ditambat oleh Fazura. Biarpun jarak usia mereka adalah sebanyak 7 tahun, namun kuasa Tuhan telah berjaya menyatukan mereka berdua sebagai pasangan suami isteri.

Melangkah ke fasa baru sebagai seorang suami bermula semalam, Fattah mengakui dia benar-benar amat bersyukur dan gembira dengan ketentuan Ilahi itu.

“Saya terima rezeki dan jodoh saya ini atas kehendakNya dan saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua pihak.

So, marilah kita doakan agar jodoh dan rumahtangga Fattah dan Fazura akan berpanjangan serta kekal bahagia hingga ke jannah. Amin…

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply