Cynthia Bella Dan Erra Fazira Bagai Adik dan Kakak

Team Jambu Batu suka melihat keakraban antara Laudya Cynthia Bella dan Erra Fazira. Bella telah pun berkahwin dengan Engku Emran pada September lalu. Bella kerap berkongsi gambar bersama Erra begitu juga Erra. Namun ada sesetengah netizen yang tidak suka. Tetapi kebanyakannya suka dengan ukhwah yang terjalan antara mereka berdua.

Bella sentiasa bertemu Erra kerana umum mengetahui antara Engku Emran dan Erra mereka mempunyai seorang anak, Engku Aleesya. Malah Aleesya juga begitu mesra bersama Bella. Menurut laporan Sinar Harian, Bella begitu senang dengan Erra. Malah hubungan mereka seperti adik dan kakak. Baru-baru ini ada pertandingan berenang di sekolah Aleesya, kedua mereka hadir untuk memberi sokongan kepada Aleesya.

Bella tidak menolak untuk berlakon bersama Erra. Sekiranya ada penerbit filem atau drama yang mahu mengandingkan mereka berdua, pasti gempak! Bella turut berkongsi dia selesa berada di Malaysia kerana lebih tenang. Apa-apa pun semoga ukhwah anda sekeluarga kekal selamanya. In Sha Allah.

Jom tengok gambar yang mereka kongsikan melalui Insta story di Instagram.

Screenshot_20171125-112050Screenshot_20171125-112057Screenshot_20171125-112105

Screenshot_20171125-112132Screenshot_20171125-112136Screenshot_20171125-112146

Sumber Sinar Harian

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.